06 Mei 2011

Beza antara palsi serebrum dan masalah pembelajaran spesifik


Palsi Serebrum
Masalah Pembelajaran Spesifik
Pengertian:
-          Istilah serebrum merujuk kepada otak manakala palsi pula bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun postur.
-          Orang yang mengalami palsi cerebrum bermaksud mereka tidak dapat menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal, akibat kerosakan dalam otak.
-          Biasanya berlaku sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
-          Disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik atau berlaku perkara yang menyebabkan kerosakan otak seperti kecederaan atau kekurangan oksigen.

Punca
a.    Kegagalan otak untuk berkembang dengan baik
b.    Kerosakan saraf di dalam otak bayi yang sedang berkembang.

-          Tahap kerosakan otak biasanya bergantung pada jenis dan masa kecederaan berlaku.
-          Bagi bayi pramatang, pendarahan ke dalam otak boleh menyebabkan kerosakan yang teruk. Lagi lama bayi di dalam kandungan tidak mendapat oksigen, lebih besar peluangnya untuk mendapat kerosakan dalam tisu otak.

Jenis:
Palsi serebrum spastik
-          Ketegangan otot adalah pada tahap abnormal yang tinggi dan meningkat semasa menjalankan aktiviti. Otot dan sendi kaku dan pergerakan adalah terhad.

Palsi serebrum athetosis
-          Ketegangan otot berubah secara konstan atau malar, biasanya dari ketegangan normal ke tahap tinggi.
-          Tiada koordinasi daripada segi pergerakan dan tidak terkawal.

Palsi serebrum ataxia
-          Masalah yang teruk dari segi imbangan dan koordinasi.


-          Kanak-kanak mungkin mengalami salah satu dari palsi serebrum atau kombinasi daripadanya.
-          Tahap dalam pergerakan fizikal antara kanak-kanak adalah berbeza dan bahagian badan yang terlibat juga berbeza.

Implikasi
-          Masalah pembelajaran, terencat akal, epilepsi, masalah pertuturan, sukar untuk makan, masalah deria dan lain-lain.
-          Memerlukan kerusi roda dan peralatan lain bagi membantu mereka bergerak.
-          Mereka tidak semestinya terencat akal kerana hampir 40% daripada mereka mempunyai kebolehan kognitif yang normal.

Tanda-tanda awal
-          Kelihatan lesu dan kurang sedar.
-          Tidak selesa dan sukar dijaga.
-          Abnormal, sering menangis dengan kuat.
-          Tangan dan kaki menggeletar.
-          Sukar menghisap dan menelan.
-          Ketegangan otot yang rendah.
-          Postur yang abnormal, suka mengiring sebelah badan sahaja.
-          Diserang sakit yang tiba-tiba.
-          Mata selalu berkelip-kelip.
-          Badan tersentak-sentak. Refleks yang abnormal.
DISKALKULIA
Pengertian:
-          Diskalkulia ialah masalah yang memberi kesan terhadap operasi dalam matematik.
-          Masalah ini meletakkan kanak-kanak itu di dalam program pemulihan.

Punca
-          Disebabkan oleh beberapa faktor.
-          Antaranya adalah kelemahan dalam proses pengamatan, di mana kanak-kanak tidak dapat mengamati situasi nombor dan matematik keseluruhannya.
-          Sering mengalami masalah pengecaman nombor dan sering mencampuradukkan nombor.

Tanda-tanda
-          Sukar menyusun nombor mengikut ruang dan orientasi kiri dan kanan.
-          Sukar memahami konsep matematik dalam ayat.
-          Keliru dengan nombor yang hampir serupa seperti 7 dengan 9 dan 3 dengan 8.
-          Mengalami masalah menggunakan kalkulator.
-          Tiada masalah dalam membaca dan biasanya bijak dalam mata pelajaran seni dan sains (yang tidak memerlukan kemahiran matematik).
-          Sukar mengingat dan memahami konsep masa dan arah.
-          Sukar mengingat nama orang.
-          Keupayaan matematik yang rendah dan sukar dalam aktiviti melibatkan pengiraan wang.
-          Tidak dapat mengingat konsep matematik, formula, faktor asas dalam operasi matematik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan