06 Mei 2011

Beza antara palsi serebrum dan masalah pembelajaran spesifik


Palsi Serebrum
Masalah Pembelajaran Spesifik
Pengertian:
-          Istilah serebrum merujuk kepada otak manakala palsi pula bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun postur.
-          Orang yang mengalami palsi cerebrum bermaksud mereka tidak dapat menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal, akibat kerosakan dalam otak.
-          Biasanya berlaku sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
-          Disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik atau berlaku perkara yang menyebabkan kerosakan otak seperti kecederaan atau kekurangan oksigen.

Punca
a.    Kegagalan otak untuk berkembang dengan baik
b.    Kerosakan saraf di dalam otak bayi yang sedang berkembang.

-          Tahap kerosakan otak biasanya bergantung pada jenis dan masa kecederaan berlaku.
-          Bagi bayi pramatang, pendarahan ke dalam otak boleh menyebabkan kerosakan yang teruk. Lagi lama bayi di dalam kandungan tidak mendapat oksigen, lebih besar peluangnya untuk mendapat kerosakan dalam tisu otak.

Jenis:
Palsi serebrum spastik
-          Ketegangan otot adalah pada tahap abnormal yang tinggi dan meningkat semasa menjalankan aktiviti. Otot dan sendi kaku dan pergerakan adalah terhad.

Palsi serebrum athetosis
-          Ketegangan otot berubah secara konstan atau malar, biasanya dari ketegangan normal ke tahap tinggi.
-          Tiada koordinasi daripada segi pergerakan dan tidak terkawal.

Palsi serebrum ataxia
-          Masalah yang teruk dari segi imbangan dan koordinasi.


-          Kanak-kanak mungkin mengalami salah satu dari palsi serebrum atau kombinasi daripadanya.
-          Tahap dalam pergerakan fizikal antara kanak-kanak adalah berbeza dan bahagian badan yang terlibat juga berbeza.

Implikasi
-          Masalah pembelajaran, terencat akal, epilepsi, masalah pertuturan, sukar untuk makan, masalah deria dan lain-lain.
-          Memerlukan kerusi roda dan peralatan lain bagi membantu mereka bergerak.
-          Mereka tidak semestinya terencat akal kerana hampir 40% daripada mereka mempunyai kebolehan kognitif yang normal.

Tanda-tanda awal
-          Kelihatan lesu dan kurang sedar.
-          Tidak selesa dan sukar dijaga.
-          Abnormal, sering menangis dengan kuat.
-          Tangan dan kaki menggeletar.
-          Sukar menghisap dan menelan.
-          Ketegangan otot yang rendah.
-          Postur yang abnormal, suka mengiring sebelah badan sahaja.
-          Diserang sakit yang tiba-tiba.
-          Mata selalu berkelip-kelip.
-          Badan tersentak-sentak. Refleks yang abnormal.
DISKALKULIA
Pengertian:
-          Diskalkulia ialah masalah yang memberi kesan terhadap operasi dalam matematik.
-          Masalah ini meletakkan kanak-kanak itu di dalam program pemulihan.

Punca
-          Disebabkan oleh beberapa faktor.
-          Antaranya adalah kelemahan dalam proses pengamatan, di mana kanak-kanak tidak dapat mengamati situasi nombor dan matematik keseluruhannya.
-          Sering mengalami masalah pengecaman nombor dan sering mencampuradukkan nombor.

Tanda-tanda
-          Sukar menyusun nombor mengikut ruang dan orientasi kiri dan kanan.
-          Sukar memahami konsep matematik dalam ayat.
-          Keliru dengan nombor yang hampir serupa seperti 7 dengan 9 dan 3 dengan 8.
-          Mengalami masalah menggunakan kalkulator.
-          Tiada masalah dalam membaca dan biasanya bijak dalam mata pelajaran seni dan sains (yang tidak memerlukan kemahiran matematik).
-          Sukar mengingat dan memahami konsep masa dan arah.
-          Sukar mengingat nama orang.
-          Keupayaan matematik yang rendah dan sukar dalam aktiviti melibatkan pengiraan wang.
-          Tidak dapat mengingat konsep matematik, formula, faktor asas dalam operasi matematik.

Beza antara masalah tingkah laku/emosi dan masalah ADHD


Masalah Tingkah Laku/Emosi
Masalah ADHD
Pengertian:
-          Masalah yang bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, tetapi kanak-kanak.
-          Perubahan tingkah laku mungkin menunjukkan ia mengalami gangguan emosi, tetapi ibu bapa dan guru sering tidak mengendahkan masalah kanak-kanak ini.
-          Biasanya dilabel sebagai kanak-kanak yang malas, jahat dan pelbagai lagi stigma yang negatif.

Punca:
Keluarga dan suasana rumah
-          Ibu bapa bercerai.
-          Ibu bapa terlalu sibuk
-          Kemiskinan.

Pergaulan dan suasana sekolah
-          Tidak bergaul dengan rakan-rakan.
-          Sentiasa diejek dengan kekurangan yang ada padanya.

Ciri-ciri
-          Tidak dapat bercakap dengan fasih walaupun mencapai umur yang membolehkannya bercakap.
-          Prestasi kognitif yang kurang memuaskan.
-          Prkembangan sosial yang tidak memuaskan.
-          Menunjukkan tingkah laku yang hiperaktif.
-          Suka mengacau orang lain.
-          Suka merayau.
-          Suka bersendirian.
-          Suka bermenung.
-          Pemarah.
-          Kuarang sabar.
-          Resah gelisah.

Tanda-tanda
-          Kurang selera makan.
-          Loya dan muntah.
-          Sakit perut.
-          Sakit kepala.
-          Pucat.
-          Tidak aktif.
-          Lelah.
-          Sukar tidur malam.
-          Kencing malam.
-          Menggigit-gigit kuku.
-          Menarik rambut.
Pengertian:
-          Biasanya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat.
-          Kanak-kanak aktif yang berumur 3 tahun biasanya menjadi hiperaktif jika diminta duduk dan menjalani aktiviti yang pasif selama 20 minit.

Simptom/Tanda-tanda
a.    Tidak memberi tumpuan
-          Gagal menyiapkan tugasan.
-          Tidak mengikut arahan.
-          Sukar memberi tumpuan pada satu-satu aktiviti.

b.    Impulsif
-          Bertindak tanpa berfikir.
-          Bertukar dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.
-          Sukar mengendali satu-satu aktiviti.
-          Perlu diberi perhatian yang lebih.
-          Sukar menunggu giliran.

c.    Hiperaktif
-          Berlari ataupun memanjat sebarang objek tanpa terkawal.
-          Sukar duduk di suatu tempat dengan tenang.
-          Bergerak secara berlebihan semasa tidur.
-          Sentiasa aktif sepanjang masa.

Beza antara masalah kerencatan akal, masalah penglihatan dan amasalah pendengaran


Masalah Kerencatan Akal
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran
Pengertian:
-          Mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial.
-          Biasanya turut mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah

Jenis atau kategori:
-          Ringan
-          Sederhana
-          Teruk



Ringan
-          Disebabkan oleh perkembangan mental yang lambat.
-          Mempunyai potensi untuk berkembang dalam bidang akademik, sosial dan vokasional.
-          Juga berpotensi untuk berdikari dengan pendidikan yang sesuai.

Sederhana
-          Mampu mengurus diri sendiri.
-          Dapat melindungi diri sendiri dari bahaya.
-          Menyesuaikan diri dalam situasi seperti sosial, berkongsi, menghormati hak orang dan bekerjasama.
-          Belajar membaca, mengenal simbol dan mengira.
-          Bekerja di kawasan yang tertutup.
-          Bertugas dengan pengawasan.
Teruk
-          Biasanya turut mengalami kecacatan lain.
-          Memerlukan persekitaran dan program yang khusus bagi membantu memperkembangkan potensi mereka yang sangat terhad.
-          Dapat mempelajari kemahiran tetapi memerlu banyak pengulangan.
-          Memerlu bantuan dalam penjagaan kehidupan setiap hari.
-          Semakin teruk tahap kerencatan, semakin banyak pengulangan diperlukan bagi membolehkan mereka belajar.
-          Biasanya mereka juga mengalami masalah tingkah laku.
-          Ada yang kelihatan normal dan ada yang ketara kecacatannya.
-          Perkembangan kognitif terhad dan berkembang pada kadar yang lambat.

Punca
-          Jangkitan dan toksik akibat minuman keras.
-          Trauma.
-          Metabolisme ataupun pemakanan.
-          Jangkitan di otak.
-          Pengaruh semasa hamil yang tidak dikenalpasti.
-          Kromosom yang abnormal.
-          Gangguan semasa hamil.
-          Gangguan dalam aspek psikiatri.
-          Pengaruh persekitaran.

Ciri-ciri
-          Proses kognitif yang terhad.
-          Penggunaan bahasa yang kurang tepat.
-          Kurang daya tumpuan dan menimbulkan masalah tingkah laku.
Pengertian:
-          Penglihatan adalah sumber bagi informasi.
-          Bergantung kepada penglihatan untuk mengurus diri, mengenal orang dan objek, mengendali kemahiran motor dan tingkah laku sosial.
-          80% apa yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan.
-          Masalah penglihatan melibat individu yang tidak pernah melihat, ataupun yang pernah melihat beberapa tahun tetapi lama kelamaan kehilangan penglihatan sedikit demi sedikit ataupun keseluruhan, ataupun mereka tidak memiliki keupayaan lain ditambah pula dengan masalah penglihatan, ataupun mereka tidak berupaya dalam bahagian penglihatan.

Jenis
-          Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun.

Punca
-          Baka.
-          Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir.
-          Rubela.
-          Sifilis.
-          Kecederaan.
-          Penyakit.

Tahap kecacatan:
Sederhana
-          Masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

Teruk
-          Kanak-kanak memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti dan mengalami kesukaran dalam melakukan aktiviti berkenaan walaupun dengan bantuan alat bantu khas.

Sangat teruk
-          Mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain.

Tanda-tanda masalah penglihatan:
Rupa
-          Bebola mata selalu berputar-putar.
-          Mata yang selalu bergerak-gerak.
-          Tiada tindak balas terhadap cahaya yang terang.
-          Bintik-bintik putih pada pupil.
-          Tepi mata bewarna merah.
-          Mata yang berair.
-          Terlalu sensitif terhadap cahaya.

Tingkah laku
-          Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja.
-          Selalu mengerutkan atau mengecilkan mata.
-          Kerap berkelip.
-          Kerap menggosok mata.
-          Selalu menutup sebelah mata.
-          Selalu terlanggar objek.
-          Keliru dengan huruf.
-          Menonton tv dengan jarak terlalu dekat.
-          Memegang kepala dengan cara luar biasa.
-          Kerap menangis.
-          Sering mencari baris-baris ayat yang dibaca.

Aduan
-          Selalui mengadu sakit kepala.
-          Penglihatan kabur.
-          Nampak dua imej pada satu objek.
-          Sensitif terhadap cahaya.
-          Mata selalu gatal.
Pengertian:
-          Merupakan satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu.
-          Menyempurnakan proses pembelajaran.

Punca:
Sebelum lahir
-          Baka
-          Rubela
-          Penyakit dari si ibu seperti kencing manis.
-          Si ibu mengambil dadah seperti kuanin.
-          Ibu kerap hamil.



Semasa lahir
-          Semasa lahir yang terlalu lama.
-          Lahir tidak cukup bulan.
-          Cedera pada telinga semasa lahir.
-          Penyakit hemolisis disebabkan oleh faktor Rh.

Selepas lahir
-          Demam campak.
-          Kemalangan.
-          Terdedah dengan bunyi kuat pada jangka masa yang lama.

Tahap:
a.    Kurang pendengaran
Ringan
-          Kehilangan pendengaran sehingga 40dB.
-          Memahami perbualan.
-          Mengalami kesulitan mendengar jauh.
-          Memerlukan terapi pertuturan.

Sederhana
-          Kehilangan pendengaran sehingga 55dB.
-          Dapat mendengar bunyi pada jarak 1.5 meter sahaja.
-          Memahami perbualan.
-          Sukar melibatkan diri dalam perbincangan.
-          Memerlu alat bantu dengar

Sederhana teruk
-          Kehilangan pendengaran sehingga 70dB.
-          Perlu alat bantu dengar.
-          Perlu latihan pertuturan dan komunikasi.
-          Pertuturan yang kurang baik kerana pengalaman mendengar yang terhad.

b.    Pekak
Teruk
-          Kehilangan pendengaran sehingga 90dB.
-          Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak 30cm.
-          Menghadapi masalah dalam pertuturan.
-          Memerlukan pendidikan khas.


Sangat teruk
-          Kehilangan pendengaran lebih daripada 90dB.
-          Skuar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat.
-          Memerlukan alat bantu dengar dan terapi pertuturan.