Masalah Kerencatan Akal | Masalah Penglihatan | Masalah Pendengaran |
Pengertian: - Mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. - Biasanya turut mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah Jenis atau kategori: - Ringan - Sederhana - Teruk Ringan - Disebabkan oleh perkembangan mental yang lambat. - Mempunyai potensi untuk berkembang dalam bidang akademik, sosial dan vokasional. - Juga berpotensi untuk berdikari dengan pendidikan yang sesuai. Sederhana - Mampu mengurus diri sendiri. - Dapat melindungi diri sendiri dari bahaya. - Menyesuaikan diri dalam situasi seperti sosial, berkongsi, menghormati hak orang dan bekerjasama. - Belajar membaca, mengenal simbol dan mengira. - Bekerja di kawasan yang tertutup. - Bertugas dengan pengawasan. Teruk - Biasanya turut mengalami kecacatan lain. - Memerlukan persekitaran dan program yang khusus bagi membantu memperkembangkan potensi mereka yang sangat terhad. - Dapat mempelajari kemahiran tetapi memerlu banyak pengulangan. - Memerlu bantuan dalam penjagaan kehidupan setiap hari. - Semakin teruk tahap kerencatan, semakin banyak pengulangan diperlukan bagi membolehkan mereka belajar. - Biasanya mereka juga mengalami masalah tingkah laku. - Ada yang kelihatan normal dan ada yang ketara kecacatannya. - Perkembangan kognitif terhad dan berkembang pada kadar yang lambat. Punca - Jangkitan dan toksik akibat minuman keras. - Trauma. - Metabolisme ataupun pemakanan. - Jangkitan di otak. - Pengaruh semasa hamil yang tidak dikenalpasti. - Kromosom yang abnormal. - Gangguan semasa hamil. - Gangguan dalam aspek psikiatri. - Pengaruh persekitaran. Ciri-ciri - Proses kognitif yang terhad. - Penggunaan bahasa yang kurang tepat. - Kurang daya tumpuan dan menimbulkan masalah tingkah laku. | Pengertian: - Penglihatan adalah sumber bagi informasi. - Bergantung kepada penglihatan untuk mengurus diri, mengenal orang dan objek, mengendali kemahiran motor dan tingkah laku sosial. - 80% apa yang dipelajari oleh kanak-kanak adalah melalui penglihatan. - Masalah penglihatan melibat individu yang tidak pernah melihat, ataupun yang pernah melihat beberapa tahun tetapi lama kelamaan kehilangan penglihatan sedikit demi sedikit ataupun keseluruhan, ataupun mereka tidak memiliki keupayaan lain ditambah pula dengan masalah penglihatan, ataupun mereka tidak berupaya dalam bahagian penglihatan. Jenis - Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun. Punca - Baka. - Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir. - Rubela. - Sifilis. - Kecederaan. - Penyakit. Tahap kecacatan: Sederhana - Masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Teruk - Kanak-kanak memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti dan mengalami kesukaran dalam melakukan aktiviti berkenaan walaupun dengan bantuan alat bantu khas. Sangat teruk - Mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain. Tanda-tanda masalah penglihatan: Rupa - Bebola mata selalu berputar-putar. - Mata yang selalu bergerak-gerak. - Tiada tindak balas terhadap cahaya yang terang. - Bintik-bintik putih pada pupil. - Tepi mata bewarna merah. - Mata yang berair. - Terlalu sensitif terhadap cahaya. Tingkah laku - Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja. - Selalu mengerutkan atau mengecilkan mata. - Kerap berkelip. - Kerap menggosok mata. - Selalu menutup sebelah mata. - Selalu terlanggar objek. - Keliru dengan huruf. - Menonton tv dengan jarak terlalu dekat. - Memegang kepala dengan cara luar biasa. - Kerap menangis. - Sering mencari baris-baris ayat yang dibaca. Aduan - Selalui mengadu sakit kepala. - Penglihatan kabur. - Nampak dua imej pada satu objek. - Sensitif terhadap cahaya. - Mata selalu gatal. | Pengertian: - Merupakan satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. - Menyempurnakan proses pembelajaran. Punca: Sebelum lahir - Baka - Rubela - Penyakit dari si ibu seperti kencing manis. - Si ibu mengambil dadah seperti kuanin. - Ibu kerap hamil. Semasa lahir - Semasa lahir yang terlalu lama. - Lahir tidak cukup bulan. - Cedera pada telinga semasa lahir. - Penyakit hemolisis disebabkan oleh faktor Rh. Selepas lahir - Demam campak. - Kemalangan. - Terdedah dengan bunyi kuat pada jangka masa yang lama. Tahap: a. Kurang pendengaran Ringan - Kehilangan pendengaran sehingga 40dB. - Memahami perbualan. - Mengalami kesulitan mendengar jauh. - Memerlukan terapi pertuturan. Sederhana - Kehilangan pendengaran sehingga 55dB. - Dapat mendengar bunyi pada jarak 1.5 meter sahaja. - Memahami perbualan. - Sukar melibatkan diri dalam perbincangan. - Memerlu alat bantu dengar Sederhana teruk - Kehilangan pendengaran sehingga 70dB. - Perlu alat bantu dengar. - Perlu latihan pertuturan dan komunikasi. - Pertuturan yang kurang baik kerana pengalaman mendengar yang terhad. b. Pekak Teruk - Kehilangan pendengaran sehingga 90dB. - Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak 30cm. - Menghadapi masalah dalam pertuturan. - Memerlukan pendidikan khas. Sangat teruk - Kehilangan pendengaran lebih daripada 90dB. - Skuar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat. - Memerlukan alat bantu dengar dan terapi pertuturan. |
Blog ini direka bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di dalam kelas pendidikan khas.
06 Mei 2011
Beza antara masalah kerencatan akal, masalah penglihatan dan amasalah pendengaran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan